It's my right to tell anything in this blog
Enjoy reading guys :)
No SPAMMING please !
If you're unhappy , please click here
Please leave your url - shout box
So it's easy for me to follow yours


NO COPYCATS ALLOWED !

Kalu taknak dengar lagu , please scroll down and turn off :)



Wednesday, June 8, 2011

8 tips kekalkan hubungan cinta. Wootwoot :) ♥

1. TIGA PERKATAAN AJAIB

Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai. I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.



2. HAYATI HUBUNGAN ANDA

Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlu menghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.



3. TERUSKAN KEHIDUPAN BIASA

Jika anda suka bersukan , teruskan. Tidak perlu mengubah gaya hidup anda. Mana tahu pasangan anda turut ingin melakukannya bersama. Pasti tambah meriah malahan si dia akan lebbih memahami dan menghormati minat anda.



4. JANGAN TERLALU ROMANTIS

Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..



5. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA

Komunikasi yang betul adalah satu satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan anda. Janganlah cuba-cuba lakukan apa yang tidak disukai pasangan.



6. JANGAN KELAM KABUT

Jika pasangan anda orang popular dan dikenali ataupun seorang yang peramah, janganlah kelam kabut dan cepat cemburu. Hati si dia tetap milik anda. Jangan kerana sikap anda yang kelam kabut tidak tentu arah membuatkan si dia meluat dan berpaling arah.



7. PEKA DAN SENSITIF

Sensitif dan peka terhadap apa juga perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan anda. Selesaikan apa sahaja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.



8. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG

Ada yang berkata, hubungan tambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam percintaan mahupun alam berumahtangga. Itu akan emmbuatkan kita lebih mengenali 
pasangan. Jangan pula cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.


I do love him :)

No comments: